“Ini maklumatnya.”
Menjawab soalan dan membimbing perbualan berdasarkan maklumat yang diberi.
Staf sambung proses booking secara manual.
AI AGENTS SETUP UNTUK SME
Dari follow-up pelanggan, draf quotation dan tugasan team, sampai laporan owner. Kami setup AI agents ikut cara bisnes anda bekerja.
BISNES ANDA. CARA KERJA ANDA.LEBIH DARIPADA BALAS MESEJ
Beza yang pelanggan anda akan rasa: apa yang berlaku selepas mereka bertanya.
Menjawab soalan dan membimbing perbualan berdasarkan maklumat yang diberi.
Staf sambung proses booking secara manual.
Memahami permintaan, menggunakan sistem yang diberi akses dan menjalankan langkah dalam skop yang ditetapkan.
Setiap langkah boleh dijejak. Staf boleh ambil alih.
Sesetengah chatbot juga ada integrasi dan fungsi agent. Kita nilai apa yang sistem boleh buat, akses yang diberi dan cara kerja disiapkan. Nama “AI” sahaja tak menentukan keupayaannya.
BERBAGAI BISNES. KERJA YANG BERBEZA.
Kita mula dengan urusan yang team anda buat setiap hari. Pilih industri untuk tengok contoh aliran yang boleh dibina.
01Pertanyaan produk, rekod order dan semakan status penghantaran melalui sistem yang disambung.
Enquiry → rekod order → follow-upCuba contoh aliran
02Kumpul tarikh, jumlah pax dan pilihan menu. Draf sebut harga tersedia untuk team semak.
Permintaan majlis → draf quotationCuba contoh aliran
03Susun butiran kerja, permintaan slot dan reminder. PIC tahu pelanggan mana perlu disambung.
Enquiry → booking → reminderCuba contoh aliran
04Semak pilihan servis serta slot, kumpul permintaan tempahan dan sediakan reminder appointment.
Pilih servis → sahkan appointmentCuba contoh aliran
05Kumpul brief pelanggan, sediakan draf proposal dan susun handover selepas projek diluluskan.
Brief → proposal → handover projekCuba contoh aliran
06Susun pertanyaan kursus, pilihan kelas dan permintaan pendaftaran. Admin sahkan tempat serta bayaran.
Enquiry kelas → semakan pendaftaranCuba contoh aliran
07Kumpul senarai SKU dan kuantiti, semak rekod stok dan sediakan permintaan order untuk team sahkan.
Permintaan stok → order → dispatchCuba contoh aliran
08Order disahkan menjadi tugasan pengeluaran. Progress, bahan tak cukup dan kerja tertangguh diringkaskan.
Order → tugasan → laporan progressCuba contoh aliranFoto stok untuk ilustrasi industri. Contoh aliran bukan rekod projek pelanggan.
Bisnes anda jenis lain? Cerita pada kami ↗CUBA SATU CONTOH
Pilih situasi bisnes, kemudian ikut langkah dari mula sampai tindakan seterusnya.
Contoh aliran untuk workshop. Harga dan slot sebenar disahkan oleh staf.
Tekan “Mulakan simulasi” untuk ikut aliran kerja.
Ini contoh skop yang boleh dibina. Langkah sebenar ditentukan selepas semakan proses, akses sistem dan keperluan approval bisnes anda.
PILIH KERJA YANG NAK DIBANTU
Agent boleh bermula daripada jadual, borang atau perubahan rekod. Team tak semestinya perlu buka chat untuk setiap tugasan.
Kumpul butiran prospek, kemas kini rekod dan ingatkan salesperson siapa yang perlu disambung.
Bila enquiry baharu masukSediakan draf daripada katalog harga serta template yang diluluskan. Staf semak sebelum dihantar.
Bila butiran pelanggan lengkapSusun permintaan slot, sediakan pengesahan dan urus reminder melalui saluran yang disambung.
Bila ada permintaan tempahanOrder disahkan, tugasan dicipta. PIC dimaklumkan dan kerja tertangguh dikumpulkan untuk tindakan.
Bila status order berubahDraf content ikut brand atau cari panduan daripada SOP dalaman. Pilih fungsi yang paling diperlukan.
Ikut brief atau soalan stafKumpul data daripada sistem yang disambung. Owner nampak lead, progress dan perkara untuk tindakan.
Ikut jadual yang ditetapkanAKSES & APPROVAL YANG JELAS
Kita tetapkan apa yang boleh berjalan automatik, apa yang perlukan semakan dan bila agent perlu berhenti untuk minta bantuan.
PAKEJ & HARGA
Bilangan staf jadi panduan awal. Skop akhir ikut kerja, penggunaan dan sistem yang perlu disambungkan.
Setup sekali + penjagaan bulanan. Langganan software, penggunaan AI, hosting dan caj mesej berbayar dikira berasingan. Kami sediakan anggaran kos dan sahkan skop sebelum mula.
Satu workflow ialah satu aliran dengan pencetus dan hasil yang jelas. Contohnya: enquiry masuk → kumpul butiran → simpan lead → maklumkan salesperson. Refund dan laporan bulanan ialah workflow berlainan.
Satu sambungan sistem ialah integrasi dengan satu aplikasi atau platform, dengan akses dan fungsi yang dipersetujui. Kerumitan integrasi tetap disemak sebelum quotation.
Bilangan agents merujuk pada fungsi kerja yang dibina, bukan bilangan staf yang diganti. Pembangunan aplikasi besar dan penggantian ERP diberi skop berasingan.
| Sokongan bulanan | Micro | Small Business | Growth | Scale |
|---|---|---|---|---|
| Pemantauan & semakan ralat | Termasuk | Termasuk | Termasuk | Termasuk |
| Perubahan kecil | 1 jam | 3 jam | 6 jam | 12 jam |
| Semakan bersama PIC | Suku tahun | Bulanan | Bulanan | Bulanan |
| Sasaran respons awal | 2 hari bekerja | 1 hari bekerja | 8 jam bekerja | 4 jam bekerja |
Sokongan Isnin–Jumaat, 9 pagi–6 petang waktu Malaysia, kecuali cuti umum. Respons awal ialah masa untuk mula menilai isu. Perubahan kecil meliputi FAQ, template dan peraturan sedia ada; jam tidak dibawa ke bulan seterusnya. Workflow baharu diberi quotation berasingan.
KAMI SETUP. TEAM BELAJAR GUNA.
Anda bawa pengetahuan bisnes. Kami bantu susun proses, bina dan uji bersama orang yang akan menggunakannya.
Tunjuk kerja yang berulang, contoh dokumen dan tempat yang selalu tersangkut.
Pilih workflow, sistem, PIC, langkah approval dan cara menilai hasilnya.
Setup agent dan integrasi. Cuba kes biasa, maklumat tak lengkap dan kes gagal.
Mulakan penggunaan, serahkan panduan dan stabilkan kerja dalam skop selama 30 hari.
Handover yang boleh dirujuk semula. Dokumentasi, konfigurasi khusus projek dan latihan termasuk dalam pakej. Akaun utama atas nama pelanggan apabila platform membenarkan; eksport data tertakluk pada kemampuan platform dan lesen pihak ketiga.
KALAU BISNES PERLUKAN LEBIH
Sahkan skop dahulu supaya kos jelas.
BIAR JELAS SEBELUM MULA
Ada sistem sedia ada? Kongsi nama dan apa yang team buat dengannya semasa kita bincang.
Tanya tentang bisnes anda ↗Kita boleh nilai urusan dalam retail, e-commerce, F&B, katering, bengkel, servis lapangan, salon, agensi, pusat latihan, pemborong, logistik dan pengeluaran. Pemilihan agent ikut proses berulang, data serta sistem yang boleh disambung. Jika jenis bisnes anda tak disenaraikan, kongsi satu proses yang nak dipermudahkan.
Skop boleh meliputi sales, admin, operasi, content dan reporting. Agent boleh bekerja daripada borang, jadual atau perubahan rekod dalam sistem. WhatsApp ialah salah satu saluran yang boleh dinilai, bukan keseluruhan servis.
Agent menjalankan langkah yang dibina, dengan akses dan had yang dipersetujui. Kami tetapkan bahagian automatik, bahagian untuk staf approve dan cara ambil alih apabila maklumat tak lengkap atau sistem gagal. Keupayaan sebenar bergantung pada integrasi serta data yang tersedia.
Kami semak akses integrasi, fungsi yang diperlukan dan caj penyedia dahulu. Sistem yang tiada akses sesuai mungkin memerlukan kaedah lain atau skop tambahan. Tiada janji semua software boleh disambungkan.
Seorang PIC, penerangan proses semasa, FAQ atau SOP, katalog dan harga yang diluluskan serta contoh rekod yang sesuai untuk testing. Akses sistem diberikan melalui kaedah yang dipersetujui; tak perlu hantar password dalam chat pertanyaan.
Harga setup dan penjagaan dipaparkan berasingan. Langganan software, AI, hosting serta caj mesej ialah kos penggunaan berasingan. Kami sediakan anggaran dan had penggunaan sebelum mula. Automasi WhatsApp menggunakan integrasi rasmi yang tersedia serta tertakluk pada syarat penyedia.
Penjagaan bulanan bermula apabila sistem dilancarkan. Bayaran setup: 50% untuk mula, 30% selepas demo berfungsi dan 20% selepas penerimaan serta handover. Jadual dan terma khusus dinyatakan dalam quotation.
Agent content boleh membantu draf dan perancangan mengikut workflow. Produksi video, upload content, pengurusan page, pengurusan iklan dan belanja iklan mempunyai skop berasingan. Pakej video AI bermula RM360 sebulan boleh dibincangkan sebagai tambahan.
Kita mulakan dengan semakan keperluan dan cadangan fasa pilot. Harga Scale yang dipaparkan ialah harga bermula untuk skop yang dinyatakan; penggunaan besar, banyak cawangan atau pembangunan khusus memerlukan quotation tersendiri.
MULA DENGAN KERJA SEBENAR
Kita tengok alirannya, apa yang selalu tersangkut dan bahagian yang sesuai dibantu oleh AI.
Tak perlu siapkan brief panjang. Tiga perkara ini dah cukup untuk mula: